Powered By Blogger

Sunday, 27 March 2011

BaJu cIntA nEneK :))


Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin pada petang jumaat. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu tanpa seurat benangpun dibadannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

“saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja!”.

“tapi kau telanjang !!!???” marah si nenek .

“ini BAJU CINTA saya” balas si cucu perempuannya

“BAJU CINTA ??” si nenek kehairanan

“ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya. Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek” pinta si cucu perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami di petang jumaat ini. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea. fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur. sesampai di rumah, si nenek tadi menanggalkan semua pakaiannya, mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang.

Berberapa ketika si atok tadi pulang, sebaik saja pintu di buka si atok mendapati si nenek berbogel kat depan pintu.

“kenapa dengan kau nie… buang tebiat???” marah si atok tadi.

“ini lah BAJU CINTA bang” kata si nenek tadi.      

“BAJU CINTA???…… kalau iye pun, iron la dulu baju tu”

                                                                                        

malam Yang MenyEramkan

Kawan aku nama dia Ahmad.. dia nie kerja kilang ikut shif.. dia ni shif petang so balik tengah malam la.Satu malam tu dia lalu la kat jalan nak gi airport kat Ipoh nie.. then sampai kat satu masjid.. depan masjid ni ada tempat sampah.. ala tempat sampah busuk gile.. tapi malam tu tempat tu jadi wangi..tiba-tiba ada sorang perempuan pakai baju serba putih tahan dia. Kata nya nak tumpang sampai kat hujung kampung. jadi, yang kawan aku ni bagi la tumpang. perempuan nie pun naik la.. dia punya wangi lak semacam aje..

Ahmad ni dah mula naik seram sejuk.. sampai la kat satu jalan yang berbukit, Ahmad pulas minyak moto dia sebab nak cepat dan dah rasa semacam tumpangkan perempuan ni.. lepas aje kawasan bukit tu.. dia rasa ringan sahaja moto dia.. jadi, dia paling la muka dia kat belakang.. tengok-tengok perempuan tu dah hilang..tapi masih wangi.. dia ni apa lagi terus pecut moto balik rumah.. terus masuk selimut tidur bawah katil.



esok tu dia pergi kerja lagi.. balik ikut jalan yang sama jugak. Sampai kat tempat semalam, perempuan semalam ada lagi kat situ. Then dia nie dah naik bulu roma terus pecut moto.. tapi moto dia macam tak nak jalan bila betul-betul depan pompuan tu.. apa nak buat dah terstop kat situ.. pompuan tu celapak naik (tumpang la tu) moto si Ahmad ni.. dalam keadaan seram sejuk Ahmad ni teruskan bawa moto tanpa tengok belakang sambil baca ayat apa yang patut.. sampai tempat berbukit kelmarin.. perempuan yang tumpang tu tepuk bahu si Ahmad nie so si Ahmad nie tak nak paling belakang jugak.. pompuan nie tepuk lagi bahu dia.. so bila dah dua tiga lagi tepuk dia pun paling la.. perempuan tu masih kat belakang moto dia.. perempuan tu cakap kat Ahmad cam nie "Abang, jangan bawak laju sangat, semalam adik jatuh tergolek kat sini"


wasiat neneK ani :((

Nenek Ani dirawat di rumah sakit. Menurut doktornya, asmanya sudah semakin teruk hingga perlu dipasangkan salur oksigen.  Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dan seperti orang koma.  Dikira sudah menjelang ajal, anaknya memangilkan seorang Mudhin (tukang do’a) agar di doakan.



Sedang asyik Pak Mudhin berdoa, tiba-tiba muka nenek Ani bertukar warna biru seolah-olah tidak boleh bernafas. Tangannya menggigil. Dengan menggunakan bahasa isyarat nenek Ani minta diambilkan kertas dan alat tulis. Sisa-sisa tenaga yang ada digunakan oleh nenek Ani untuk menulis sesuatu dan memberi kertas tersebut kepada Pak Mudhin.

Sambil terus berdoa Pak Mudhin langsung menyimpan kertas tersebut tanpa membacanya kerana fikirannya dia tidak sanggup membaca surat wasiat tersebut didepan Ani. Tak lama kemudian nenek Ani meninggal dunia.

Pada hari ketujuh meninggalnya nenek Ani, Pak Mudhin diundang untuk datang kerumah Ani. Selesai memimpin do’a, Pak Mudhin berbicara, “Saudara-saudara sekalian, ini ada surat wasiat dari almarhum nenek Ani yang belum sempat saya sampaikan, yang saya pasti nasihat untuk anak cucunya semua. Mari kita sama-sama membaca suratnya”. Pak Mudhin membaca surat tersebut, yang ternyata berbunyi :

“Mudhin jangan berdiri di situ…! Jangan pijak saluran oksigen aku..!”