Powered By Blogger

Sunday, 27 March 2011

malam Yang MenyEramkan

Kawan aku nama dia Ahmad.. dia nie kerja kilang ikut shif.. dia ni shif petang so balik tengah malam la.Satu malam tu dia lalu la kat jalan nak gi airport kat Ipoh nie.. then sampai kat satu masjid.. depan masjid ni ada tempat sampah.. ala tempat sampah busuk gile.. tapi malam tu tempat tu jadi wangi..tiba-tiba ada sorang perempuan pakai baju serba putih tahan dia. Kata nya nak tumpang sampai kat hujung kampung. jadi, yang kawan aku ni bagi la tumpang. perempuan nie pun naik la.. dia punya wangi lak semacam aje..

Ahmad ni dah mula naik seram sejuk.. sampai la kat satu jalan yang berbukit, Ahmad pulas minyak moto dia sebab nak cepat dan dah rasa semacam tumpangkan perempuan ni.. lepas aje kawasan bukit tu.. dia rasa ringan sahaja moto dia.. jadi, dia paling la muka dia kat belakang.. tengok-tengok perempuan tu dah hilang..tapi masih wangi.. dia ni apa lagi terus pecut moto balik rumah.. terus masuk selimut tidur bawah katil.



esok tu dia pergi kerja lagi.. balik ikut jalan yang sama jugak. Sampai kat tempat semalam, perempuan semalam ada lagi kat situ. Then dia nie dah naik bulu roma terus pecut moto.. tapi moto dia macam tak nak jalan bila betul-betul depan pompuan tu.. apa nak buat dah terstop kat situ.. pompuan tu celapak naik (tumpang la tu) moto si Ahmad ni.. dalam keadaan seram sejuk Ahmad ni teruskan bawa moto tanpa tengok belakang sambil baca ayat apa yang patut.. sampai tempat berbukit kelmarin.. perempuan yang tumpang tu tepuk bahu si Ahmad nie so si Ahmad nie tak nak paling belakang jugak.. pompuan nie tepuk lagi bahu dia.. so bila dah dua tiga lagi tepuk dia pun paling la.. perempuan tu masih kat belakang moto dia.. perempuan tu cakap kat Ahmad cam nie "Abang, jangan bawak laju sangat, semalam adik jatuh tergolek kat sini"


No comments:

Post a Comment